DOA PEMBUKA 7 PINTU

"Ya Allah, Bukakanlah untukku Pintu-pintu Kebaikan, Pintu-pintu Keselamatan, Pintu-pintu Kesihatan, Pintu-pintu Kenikmatan, Pintu-pintu Keberkatan, Pintu-pintu Kekuatan, Pintu-pintu Cinta Sejati, Pintu-pintu Kasih Sayang, Pintu-pintu Rezeki, Pintu-pintu Ilmu, Pintu-pintu Keampunan dan Pintu-pintu Syurga,

YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Thursday, November 21, 2013

SET KECANTIKAN SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM..

Sape nak cantekk..angkat tangan. Sure sume wanita-wanita di bumi Allah ni nak cantekk? kan?
Cantek itu kan aset..cantik luar dalam pon kene cantikk..oleh itu kalau nak cantek kenalah makan supplemen untuk dalaman bukan cantik luaran sahaja..cantikk luaran boleh touch up, make up lg..tp kalau dalaman x cantik x guna jugak kita berhabis utk barang make up..betul x?

So hari ini, kita nak bercerita tentang SET KECANTIKAN dari SHAKLEE..Yang ini betul semulajadi, kadang2 kita xde masa nak mkn buah-buahan, sebab kekangan masa, komitmen dengan suami dan anak2,buku2 pelajaran dan sayur-sayuran pon tak terjamin kebersihan nya..bkn ape basuh kene bersih la kalau nak mkn sayur tuh..jadi ada alternatif yang lebih baik untuk menggantikan bahan yang kita makan tadi..lebih MUDAH dan CEPAT.

JOM kita tengok apa fungsi setiap VITAMIN ni..
sumber google





B COMPLEX:-


Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah B Complex ?

B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  
  • cobalamin (B-12)
  • Biotin.
 Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
 

  • Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah 
  • untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, 
  • Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, 
  • Menukarkan makanan kepada tenaga
  • menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, 
  • Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, 
  • menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik
Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :


§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

Siapa sebenarnya yang perlu B COMPLEX??

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:-


·Terdedah kepada sinaran matahari

· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak

· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine

· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.

· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan

· Mereka yang nak nampak cantik dan muda

· Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya

· Wanita yang mengambil pil perancang


Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...
 B-Complex ni bagus untuk orang mengandung sebab ape mengandungi asid folik kenelah bt preparation supaya badan kita dapat menahan segala alahan2 yang datang.. juga baik untuk yang selalu stress..jangan x percaya saya pernah bagi abg saya makan 1 tablet B-comp sbb dia migrain..otomatik sakit kepala hilang..boleh jadi pengganti panadol jgk b-complex ni sgt baik jika di makan dengan 4 biji ostematix. semuanya tentulah dari SHAKLEE, tp ingat penyembuhan jgk bergantung dengan keizinan Allah Taala. kita hambanya haruslah berusaha tanpa jemu..
____________________________________________________________ 
credit to kak cery

VITA-E COMPLEX SHAKLEE


Vitamin E Penting Untuk Kecantikan Kulit:-

Vita-E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

  • 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
  • Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan, Vitamin E Penting Untuk Kecantikan Kulit.



Vitamin E Shaklee ini mempunyai pelbagai kebaikan, antara kebaikan Vitamin E Shaklee ialah :

  • Menyingkirkan radikal bebas.
  • Mengurangkan radang (inflammatory).
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat.
  • Melambatkan proses penuaan.
Disamping itu, Vitamin E Shaklee ini juga mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat Vitamin E Shaklee ialah:

  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
  • Membantu fungsi sistem saraf otak.
  • Meningkatkan daya pertahanan.
Fungsi Vitamin E Shaklee ini pula ialah:

  • Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. 
  • Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada.

  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia“, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Yang pasti, Vitamin E Penting Untuk Kecantikan Kulit.

Selain itu, Vitamin E Shaklee juga merupakan ubat jerawat muka yang paling berkesan dan ia adalah ubat jerawat yang terbaik. 

Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang mengalami masalah jerawat, mengambil set jerawat Shaklee ini yang terdiri daripada Vitamin E, B Complex, Vitamin C, Gla dan juga ESP. 

Insyaa Allah dapat membantu.
testimoni pengguna vitamin e






UNTUK VITAMIN C  sila klik sini :

Email sahaja ke airizsshoppe@gmail.com atau SMS ke 013-3977307 .



Solat Sunat DHUHA


Assalamualaikum..

Kali ini entri berkisar tentang solat Dhuha..selain peringatan untuk diri sendiri, entri kali ini boleh jugak buat tatapan anak2 mama pabila dewasa kelak khususnya, dan sebagai panduan untuk pembaca blog ini juga secara amnya..

Dalam mengejar kekayaan dunia, jgn lupe bekalan untuk akhirat juga seiring bersama diamalkan.
 

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. 
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”


Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”    
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

 Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”    
(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).



 Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

.

1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

.

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

.

.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

.

kredit to : http://shafiqolbu.wordpress.co

Tuesday, November 19, 2013

TERHANGAT DI PASARAN 1 MALAYSIA

assalamualaikum..

Hari ni kat ofis tak banyak keje nak di buat so adalah masa nak tulis2, citer2 pastu layan syok sendiri.
Tambah plak kalau opis cam peti ais ini lah jadi nya..penyakit malas pon datang menyinggah..mood sangat bersemangat nak cerita pasal VITAMIN C SUSTAINED RELEASE, bukan ape orang asik citer pasal vit c sr ni jadi teringin la jgk. Sekarang kan musim hujan, panas,hujan , panas..penyakit demam, selsema, batuk , sakit tekak mmg sgt2 sinonim dgn cuaca kat Mesia nih..hihihihi.

haa.. meh kat cini chek nak cerito kat hang po..sumo. Ini HOT produk, selling fast !!!
Jangan tak tahu , produk ini baru keluar selepas setahun lebih takde stok..kini baru muncul seluruh Mesia nih..alahai terlajak lariss ke ape nih??

APA itu Sustained Release ???

Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. 




Perbezaan VITAMIN C SUSTAINED RELEASE dengan Vitamin C lain di pasaran:-





~ Merupakan Vita C pertama yang natural dan bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.



~ Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.



~ Satu tablet mengandungi 500mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.



~ Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )



~ Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.( tapi buat masa ini saat saya tulis ni...yang ni pon da habis 1 Malaya ni tau)

jadi sementara ada stok nih, elok lah borong. klu x nnt melepas lagi..

Apa Khasiat Utama VITAMIN C SUSTAINED RELEASE??

~ Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

~ Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

~ Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

~ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

~ Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

~ Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
sumber google
 Siapa yang memerlukan Vita C?????????????

  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan  dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.    
Simptom2 Kekurangan Vitamin C:-
  • Mudah tertekan/stress - sering rasa letih dan lemah
  • kulit kelihatan bersisik dan sangat kering, tapak kaki keras dan kasar
  • luka yang lambat sembuh, kalau berlaku pendarahan lambat berhenti
  • mudah selesema / bersin
  • wajah nampak tua dari usia
  • mudah dapat ulser
  • mudah demam/ antibodi tak kuat
  • gusi berdarah
  • salur darah mengecil
  • sakit sendi
  • tanda lebam pada badan
  • weight loss (kurus yang tak sihat nampak lemah dan kusam)
Pastikan VITAMIN C SUSTAINED RELEASE sentiasa ade dalam beg anda..macam saya, saya bawak je kemana2 saya pergi..macam teman rapat saya..bukan ape kadang kita terlupa nak makan ke atau pegi mane2 x smpt nk masuk dlm beg.jd klu mmg da dalam beg senang lah..bukak beg kalau terpandang boleh makan selalu. Maklumlah nak cantekk kan??


Dapatkan dengan HARGA ISTIMEWA dari saya, Shaklee Independent Distributor anda..ID 1068026 dengan free gift lg tau..jarang2 org bg free gift nih..hhuhuu..jadikan niat kita berniaga , untuk membantu orang lain yang memerlukan kerana Allah Taala.


FARINA  [ID 1068026]
0133977307  WHATAPPS  l wechat  l pm fb Airizs Shoppe

Friday, November 15, 2013

TESTIMONI

Assalamualaikum..darls.

Hari ini, nak cerita sedikit testimoni suami yang telah makan sebotol CoQ Health Plus selama 30 hari iaitu sebiji sehari..da habis pon kene oder lg nampaknya.

Alhamdulillah, sy boleh lihat sendiri perubahan en somi..kalau dulu boleh dikatakan hari2 makan panadol sbb sakit kepala tapi sejak makan  CoQ Health Plus tak perlu lagi makan panadol sebab sakit kepala pon takot nak mai..

Saya tahu, sebab sayalah orang paling risau, memang kalau sakit kepala x boleh bangun, panadol dan tido lah ubatnya..maklum la en somi mmg tak amik ubat klinik utk sakit darah tinggi nya tuh..

Then, saya tanya "pa, cmne pa rasa ade sakit2 kepala lagi x"? en. somi jawab "so far alhamdulillah xde sakit kepala la, ade pon kurang la sikit, tgk bdn papa pon da naik balik kan"? aha, betullah pa, ma pon perasan badan papa pon da naik balik, perut da buncit balik klu x, dl semua seluar londeh..akibat xde selera nak makan, disebabkan takot dengan makanan yang mengandungi garam berlebihan.

Actually, saya da kurangkan garam dalam masakan. Cuma mind set suami sy shaja sbb tu dia takot nak makan. Dan garam pon da tukar garam double refined HALAGEL lagi tu.

Sekarang alhamdulillah, dia da tak takot nak makan lagi. saya sangat bersyukur diperkenalkan dengan CoQ Health Plus Shaklee

Bacaan bp dulu 169/120 sekarang da jadi 150/110..secara perlahan-lahan saya akan monitor dari sekarang.

saya sayangkan keluarga saya, anda macam mane?
kalau anda sayang bertindaklah sebelum terlambat!!!

salam sayang dari saya sekeluarga, doakan kami berada dalam lindungi Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik2 saja..

saya cume berusaha, selebihnya saya serahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa di atas apa yang dikehendakNya..

saya selalu berdoa, Allah panjangkan UMUR dan diberikan KESIHATAN saya dan suami supaya saya dapat besarkan anak2 saya dan melihat mereka gembira selalu disamping ibu bapa mereka..

ALHAMDULILLAH..diatas nikmat yang tak terhingga Ya ALLAH..AMEEN..

SEHINGGA itu..semoga saya dapat update lagi berita2 terbaru..

assalamualaikum

airizs shoppe (farina-admin)

0133977307 wechat l whatsapp l fb



SEKALUNG TAHNIAH...

Assalamualaikum..salam pagi penuh rahmat, salam jumaat..

Terlebih dahulu, ucapan tahniah didahulukan kepada calon yang telah berjaya menjulang 5A dalam UPSR 2013 baru2 ini..tumpang gembira di atas kejayaan adik-adik semua.
ibu bapa adik2 pasti sangat terharu dan bangga dengan kejayaan kalian.

TAHNIAH untuk kalian semua dari AIRIZS SHOPPE..
Semoga usaha dan amalan adik2 semua berpanjangan dan istiqamah dalam mengharungi ujian2 yang lebih getir seiring dengan usia adik2...Perjalanan adik2 masih panjang dan bulatkan tekad dan usaha pasti adik2 akan sentiasa berjaya di dunia mahupun dia akhirat.

Kepada yang gagal jangan bersedih..anda masih ade masa lagi untuk berubah dan menjadi yang lebih baik di masa akan datang..gagal sekali bkn bermakna anda akan gagal selamanya..jika tidak gagal, kita tidak tahu kita silap..dari kegagalan , kita belajar sesuatu yang boleh merubah dan menyedarkan siapa kita..


alhamdulillah, mulakan hari ini dengan senyuman..
from airizs shoppe
0133977307 whatsapp/wechat
shaklee inpendent distributor 1068026


Friday, November 8, 2013

XYRA HIJAB FOR KIDS

assalamualaikum..darls

hari ini In shaa Allah  ade sedikit update terbaru , iaitu new collection dari nade el luna.
material daripada cotton , sangat sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dari 6 bulan hingga 8 tahun.
sangat selesa dan tidak panas. harga pon tidak lah mahal..RM20 JER..
Kalau kita boleh pakai tudung mahal2 ape slahnya kita belikan anak kita tudung yang berbaloi dengan harga ni.:-)

Kepada ibu-ibu yang baru nak ajar anak memakai tudung, xyra hijab ini sangat comfortable.
bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung kan? Aina my doter pon amik banyak kaler untuk dipadankan dengan baju kurung nya.

selain itu ,sekarang kan trend colour block, jadi boleh beli banyak kaler dan padankan ikut colour kegemaran anda..

jom kita lihat xyra hijab yang sangat comell nih..geram tgk model, cute sangat !!!

2 pcs..inner & outer..syria style

setiap colour ada 1 helai aje yer..sape cepat dia dapat..jadi cepat2 dapatkan xyra hijab yang comel ni tentu sekali untuk anak anda yang comel jgk..



xyra mustard

army green


black

xyra brick


dark brown

dark grey
sold out
khakis
light grey
xyra maroon

magenta

sold out
red

sold out

sold out

teal
HARGA RM20
JIKA BERMINAT SILA EMEL: airizsshoppe@gmail.com
atau WHATSSUP / WECHAT /  0133977307


credit http://www.nadeelluna.com/default.aspx







Thursday, November 7, 2013

U B A T V E R S U S S U P P L E M E N


 Ubat hanya dimakan oleh orang yang sakit dan memberikan kemudaratan pada orang yang sihat. Sementara suplemen boleh digunakan oleh kedua-dua golongan orang yang sakit dan orang yang sihat. Jadi pastikan yang kita ambil itu jatuh dalam kategori ubat atau suplemen.


Oleh kerana terlalu banyak ubat dan suplemen di pasaran yang dijual samada di hospital, klinik, farmasi atau secara online, sebagai orang Islam harus berhati-hati. Bahan-bahan yang digunakan mestilah halal. 
Dalam keadaan tertentu di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan. 
Tetapi pengecualian ini tidak tertakluk pada suplemen kerana suplemen bukanlah ubat yang sangat diperlukan merawat penyakit. Suplemen hanya membantu seseorang untuk menjadi lebih sihat dan membantu proses penyembuhan penyakit.
sumber google
Kredit: Dr Zubaidi

Secara ringkas perbezaan di antara ubat dan vitamin untuk anda renung-renungkan. 
Jom baca! ~

Ubat
Vitamin (Food supplement)
Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ
Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita
Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya
Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos
Bertindak baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat yang lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian.  Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan
Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan
Selamat diambil, tiada risiko maut
Menghasilkan kesan kepada setiap orang
Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.
Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam
Bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh
Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya
Merawat terhadap punca penyakit
Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’
Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi
Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda
Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah
Ubat boleh menyebabkan penyakit
Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan 


Tun Mahathir adalah pengamal suplemen, bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan buah pemikiran) dengan atuk kita yang seusia dengannya (yang tak ambil suplemen). 
Jelas kan?